February 23, 2011


RAHSIA BAGAIMANA HUKUM DIPERKENALKAN DALAM KITAB AL-QURAN



Al-quran merupakan asas kepada hukum-hukum syara’, akan tetapi ia hanya mengandungi hukum-hukum dengan secara kulliy ijmali’ (umum dan ringkas) sedangkan perincian kebanyakan hukum diserahkan kepada sunnah nabawiyyah kemudian kepada ulama’ mujtahiddin. Kita sebagai hamba Allah telah diperintah oleh-Nya supaya mentaati Rasul-Nya yakni nabi Muhammad S.A.W :
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا
MAKSUDNYA : Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh rasuluallah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya, maka patuhi larangannya.
(AL-HASYR :7)
Dalam al-quran terdapat ayat yang menunjukkan perlunya merujuk kepada para ulama’ bagi memahami hukum-hakam syara’, Allah berfirman :
وَإِذَا جَاءهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُواْ بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُوْلِي الأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ
Maksudnya : dan apabila datang kepada mereka suatu berita mengenai keamanan ataupun kecemasan, mereka terus menghebahkan-Nya, padahal kalau mereka kembalikan saja hal itu kepada Rasuluallah dan kepada uli al-amr (orang-orang berkuasa) diantara mereka tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya diantara mereka.
( AN-NISA’ : 83)
Allah juga telah menunjukkan kepada keperluan ijtihad dan qiyas dengan firmannya :
فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ
Maksudnya : maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.
(AL-HASYR:2)
Kadang kala al-quran memperincikan sesetengah masalah yang sifatnya tetap dan berkekalan seperti hukum-hukum kekeluargaan dan keseksaan. Kesimpulannya cara al-quran memperkenalkan hukum-hukumnya dalah dengan ringkas dan umum agar dapat merangkumi semua masalah terperinci yang berlaku sepanjang zaman. Inilah keunggulan bentuk perlembagaan yang ditetapkan oleh al-quran.
Al-quran menjelaskan hukum melalui tiga cara iaitu :
CARA PERTAMA : BAYAN KULLI
Ia bererti dengan menyebut beberapa kaedah dan prinsip-prinsip umum yang menjadi asas kepada cabang-cabang hukumdan dibinakan hukum-hukum itu di atasnya seperti :
i. Perintah syura, Allah berfirman :
وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ
Maksudnya : dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu (peperangan dan soal-soal keduniaan)
(AL-IMRAN : 159)
ii. Perintah belaku adil dan menghukumkan dengan adil, Allah berfirman :
إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ
Maksudnya : sesungguhnya Allah memerintah supaya berlaku adil.
(AN-NAHL : 90)
iii. Manusia tidak bertanggungjawab atas dosa yang dilakukan oleh orang lain, Allah berfirman:
إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ
Maksudnya : dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).
(AN-NISA : 58)
iv. Keseksaan bersesuaian dengan kesalahan, Allah berfirman :
وَجَزَاء سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِّثْلُهَا
Maksudnya : dan jika kamu hendak membalas yakni balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya.
(ASY-SYURA :40)
v. Haram mengambil harta orang lain. Allah berfirman :
وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقاً مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : dan janganlah kamu makan atau mengambil harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak makan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa padahal kamu mengetahui salahnya.
CARA KEDUA : BAYAN IJMALI
Ia bererti disebutkan beberapa hukum dengan ringkas yang memerlukan penjelasan dan perincian. Antara contohnya adalah :
i. Kewajiban solat dan zakat, Allah berfirman :
وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَآتُواْ الزَّكَاةَ
Maksudnya : dan dirikanlah olehmu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat.
(AL-BAQARAH :110)
Al-quran tidak menerangkan bilangan rakaat dan cara melaksanakan solat itu, maka Sunnah datang menjelaskannya dengan lebih terperinci. Demikianlah juga Sunnah menjelaskan hukum zakat, kadar dan nisab.
ii. Kewajiban haji, Allah berfirman :
وَلِلّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً
(AL-IMRAN : 97)
Maksudnya : dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya.
Sunnah pula berfungsi memperjelaskan dengan terperinci perkara yang berkaitan dengan haji. (rujuk riwayat muslim bab haji)
iii. Kewajiban qisas, Allah berfirman :
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى
Maksudnya :
Diwajibkan kamu menjalankan hukum qisas ( balasan yang seimbang ) dalam perkara orang-orang mati bunuh.
(AL-BAQARAH : 178)
vi. Halal jual beli dan haram riba. Allah berfirman :
وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
Maksudnya :dan Allah telah menghalalkan jual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
(AL-BAQARAH : 275)
Kemudian, sunnah menerangkan jual beli yang halal dan yang haram dan yang dimaksudkan dengan riba.
CARA KETIGA : BAYAN TAFSILI
Cara ketiga digunakan dengan cara hukum-hukum disebut secara terperinci seperti saham atau habuan para waris dalam pembahagian pusaka, kaifiat talaq dan bilangannya, kaifiat li’an diantara suami dan isteri, wanita-wanita yang diharamkan berkahwin, sebahagian dari hukum hudud dan beberapa jenis hukum lain lagi. Penjelasan hukum secara terperinci oleh al-quran adalah perkara yang berkaitan dengan akhlak dan akidah.
Secara kesimpulannya, sekiranya semua hukum diperincikan dalam al-quran ianya akan menyebabkan terkeluar dari tujuan utama diturunkan al-quran iaitu tujuan hidayah dan irsyad. Sebaliknya didatangkan sebahagian hukum itu dalam bentuk kaedah dan prinsip-prinsip umum yang fleksibel adalah sesuai dan selari dengan ciri-ciri syariat islam yang umum dan kekal. Oleh itu, dapatlah dipecahkan hukum berdasarkan prinsip-prinsip umum itu dan dilaksanakannya ke atas masalah-masalah juziyyah yang berlaku pada sepanjang masa.

Share : Share On Facebook ! Share On Google Buzz ! Add To Del.icio.us ! Share On Digg ! Share On Reddit ! Share On LinkedIn ! Post To Blogger ! Share On StumbleUpon ! Share On Friend Feed ! Share On MySpace ! Share On Yahoo Buzz ! Get These Share Buttons ! Share On Google Reader ! Google Bookmark ! Send An Email ! Blog Feed !

24 comments:

Subhanallah said...

Banyak rahsia yang tercatat dlm al quran
Allah lebih mengetahui..:)

Anonymous said...

wah..info baru....syukran..=D

TANPA NAMA said...

Dalam al-quran bnyk hukum hakam yg xbrapa jelas ttg cara dan mase tuk mnunaikan sesuatu perintah dr allah..sbb itu lah kita memerlukan sunnah rasulullah untuk mnyempurnakan perintah allah itu..jelas di situ hadith2 nabi jgak di perlukan..bukan seperti yg dfaham oleh sesetgh org yg mngatakan bhwa alquran sudah mncukupi dan xperlu lg hadith2 tu..tnpa hadith kita xtaw mcm mna cara nk mndirikan solat,krn lam alquran hanya terdapat hukum yg ijmali..

kei said...

Alhamdulillah...Info tentang al-quran ini dapat dikongsikan dengan kami sume.Harapnyer akan ada lagi info2 bermanfaat seperti ini.syukran..

aeyza :) said...

Dan setiap hukum di dalam Al-Quran itu diperincikan dalam hadith rasulullah s.a.w.
Mana-mana seruan yang membawa fahaman Al-Quran (seperti golongan Quraniyyun) tanpa menggunakan hadith ternyata adalah seruan yang batil dan inilah yang menyebabkan pemahaman terdapat perkara-perkara islam tidak dapat di fahami dengan baik dan tersasar dari jalan yang benar.

aeyza :) said...

Dan setiap hukum yang di dasarkan dalam Al-Quran diperincikan lagi dengan hadith rasulullah s.a.w
Mana-mana seruan yang membawa fahaman Al-Quran (seperti golongan Quraniyyun) tanpa menggunakan hadith ternyata adalah seruan yang batil dan inilah yang menyebabkan pemahaman terdapat perkara-perkara islam tidak dapat di fahami dengan baik dan tersasar dari jalan yang benar.

NURUL said...

ilmu baru yang bermanfaat...terima kasih atas perkongsian..ilmu ni menarik untuk didalami..selain daripada kita baca Al Quran..elok juga kita dalami ilmu lain yang berkaitan dengannya...

arfasaffiyyah said...

Alhamdulillah,,info yang bermanfaat untuk dikongsi bersama.

wawa azam said...

syukran ats perkongsian yg baik ini :)

nuqman said...

terima kasih atas perkongsian ini...zaman sekrng tidak ramai yang peka n cakna akan ilmu2 sebegini,,,ilmu duniawi lebih di dahulukan ,,,ap2 pun sedikit sebnyk..ilmu ini berjaya di pelbagaikan saluran y tidak hanya di buku shaja...

berQ said...

its a really good source of knowledge...especially for those who'd love to surf around and do blog-hopping....really great!!keep the good effort!!

naimah_bintsaid said...

syukran kongsi.. terasa sangat kerdil diri kita.. Teriama kasih Ya Allah..sungguh jasa ulama dulu dalam menurunkan ilmu ini kepada kita sangt besar.. Semoga kamu terus thabat d jalan ini.. jihad Thaqafah.. terus menggali ilmu Islam..

Anonymous said...

Alhamdulillah....bnyk info yg dapat daripada ayat di atas.......bgus ada usha ttg i2...cme tmbhn blh jga diselitkan tidak hanya al-quran sahaja ditafsirkan oleh hadis ttpi al-quran dan hadis salg b'kait rapat dalam menafsirkan antara kedua2 nya cz kedua2 sumber rujukan t'pntg ...:)

wan said...

alhamdulillah byk info yg blh ambil....jelas menunjukkan al-quran xboleh dpishkn dgn hadis...kedua saling mnfsirkan s2 sma len,,...:)

A.M.A.R_89 said...

nice artikel,bnykan lg eak... =) good job

Unknown said...

perkongsian yang menarik...kalau boleh state kan sekali rujukan yang diambil untuk pengetahuan..syukran..=)

azrieza said...

alhamdulillah.. terima kasih ye writer.. awak dah tambah kan lagi pengetahuan saya..rupa2 nya hukum syara' ada cara2 tersendiri bagaimana ia di perknal kan.. secara am nya.. saya hanya tahu yang hukum2 di wahyu kan dari Al-Quran dan Rasulullah sebagai perantara nya, sebagai guru yang mentafsir kan mengembangkan isi2 Al-Quran.. syukran..

soutul mujahadah said...

terima kasih di atas perkongsian ilmu yang di berikan...di harap teruskan usha mencari dan mendalami ilmu....:)

Unknown said...

salam boleh tak letak rujukan?? alhamdulilah artikel yang bagus.. nanti lain kali bolehlah post lg ya.... :)

Noor Naziah Binti Ab Ghani said...

salam..syukran kerana berkongsi artikel ni ngan kami sume... Sumber perundangan Islam adalah Al- Quran dan Sunnah jadi kita kene pastikan ianya berjalAN seiringan dalam kehidupan kita...Kembalilah pada Al- Quran dalam perkara yang di perselisihkan........

Unknown said...

syukran..content yang sgt bermanfaat..

bibi hamidah said...

alhamdulillah..dapat tahu info serba sedikit tentang perkenalan hukum..

A Professional Doc! :) said...

salam akk..ok dah tu.....kalu leh bawak ayat quran yg lebih panjang....biar jelas stu ayat aper yg die mintak...tamam akk???

the6 said...

Terima Kasih atas perkongsian entri yang bermanfaat ini... semoga dapat diperbanyakkan lagi di masa hadapan...

Post a Comment