November 16, 2009


Lajukan Download Dengan IDM Full Version



Mungkin korang pernah menggunakan IDM untuk mendownload file dari website. Seperti yang korang tahu, memuat turun file menggunakan software ini jauh lebih cepat daripada menggunakan downloader yang telah tersedia pada web browser korang.

Ia mendownload file lebih cepat dengan memecahkannya kepada beberapa bahagian. Setelah selesai ia akan dicantumkan kembali menjadi satu file sahaja. Prosesnya lebih menjimatkan masa korang daripada menunggu berjam-jam untuk mendownload file yang hanya berkapasiti 1MB.

Pesoalannya adakah versi yang korang gunakan merupakan versi penuh??? Versi trial hanya boleh digunakan untuk beberapa hari sahaja. Selepas tamat tempoh trial ia tidak boleh digunakn lagi dan mungkin korang perlu install kembali.

Manakala versi penuh pula terdapat beberapa kelebihan yang mungkin membuatkan korang puas hati. Antara kelebihan bagi versi ini di mana tempoh penggunaannya tidak terhad kepada beberapa hari sahaja kerana versi trial telah diaktifkan menjadi versi penuh.

Selain itu, pecahan file semasa mendownload 2 kali ganda lebih banyak dengan 16 pecahan berbanding hanya 8 pecahan untuk versi trial. Dengan 2 kali ganda pecahan ini, kelajuannya juga meningkat 2 kali ganda yang mempercepatkan lagi masa mendownload.

Untuk download setup IDM sila klik pada imej di bawah





Kemudian install dalam laptop atau PC korang dan jangan lupa sebelum korang launch software ni klik pada file patch dan keygen yang terdapat dalam setup folder tersebut bagi memastikan korang dapat guna full version punya..

Ilalliqa'..:-)

Share : Share On Facebook ! Share On Google Buzz ! Add To Del.icio.us ! Share On Digg ! Share On Reddit ! Share On LinkedIn ! Post To Blogger ! Share On StumbleUpon ! Share On Friend Feed ! Share On MySpace ! Share On Yahoo Buzz ! Get These Share Buttons ! Share On Google Reader ! Google Bookmark ! Send An Email ! Blog Feed !


Selamat Bercuti..

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam kerana dengan pertolongan dan inayahNya dapat juga aku siapkan blog yang tak seberapa ni..

Sebenarnya hari ni last paper exam aku untuk sem 1.. Walaupun sibuk dengan exam, tapi dapat juga aku curi-curi masa untuk siapkan blog ni.. Tapi aku harap dapat keputusan gempak juga nanti.. huhu..

Esok aku dah mula cuti,tapi tak berhajat lagi untuk balik kampung.. Mungkin lewat-lewat sikit.. Dan aku nak ingatkan kepada kawan-kawan yang kos PI jangan pula cuba-cuba nak jeles dengan budak-budak PQ sebab korang masih ada 1 paper lagi..:-)

Untuk pengetahuan(kalau nak tau la), coretan ni merupakan artikel pertama yang aku post di blog ni, so aku tak berhajat lagi untuk berkongsi sebarang input dengan korang sebab ni post sulung dan mukaddimah untuk blog ni.

Apa-apa pun aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menziarahi blog yang tak seberapa ni dan aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua kawan-kawan di Universiti Malaya mahupun di luar sana..

Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah S.W.T...:-)

Share : Share On Facebook ! Share On Google Buzz ! Add To Del.icio.us ! Share On Digg ! Share On Reddit ! Share On LinkedIn ! Post To Blogger ! Share On StumbleUpon ! Share On Friend Feed ! Share On MySpace ! Share On Yahoo Buzz ! Get These Share Buttons ! Share On Google Reader ! Google Bookmark ! Send An Email ! Blog Feed !